Thursday, February 10, 2022

PELAJAR IPT DIBENARKAN MASUK KAMPUS MULAI 1 MAC

 

KUALA LUMPUR : Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini, dengan kapasiti 70 peratus hingga 100 peratus.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 ke -12 semalam, yang memperhalusi cadangan daripada KPT berhubung kemasukan pelajar ke IPT, membabitkan universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.

"Antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah pelajar dan staf yang lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus, namun mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian RT-PCR dan keputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.

"Ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kaedah RTK-Ag juga perlu dilakukan seminggu sekali bagi mereka yang tidak lengkap vaksinasi, mengikut strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan oleh KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, Hishamuddin berkata, hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke Malaysia serta wajib menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari atau lima hari jika sudah menerima dos penggalak.

Selain itu, katanya, IPT perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ketat, selain dibenarkan menjalankan pengajian secara hidbrid atau secara dalam talian.

Beliau berkata, semua aktiviti sukan dan riadah juga perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM dan pelajar yang pulang ke kampus wajib terus mematuhi SOP umum seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

"Dalam setiap kelonggaran diberikan kerajaan, aspek keselamatan dan kesihatan rakyat termasuklah pelajar IPT tetap menjadi keutamaan. Sehubungan itu, kerajaan menyeru kepada semua pihak termasuk pentadbiran IPT, staf dan pelajar supaya mematuhi SOP yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan bertanggungjawab," katanya.

UNtuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628, layari laman web IPT atau menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing

SUMBER BERNAMA

Monday, February 7, 2022

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2022


YB Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat 2022 pada 7 Febuari 2022

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2022 bertempat di KPT pagi tadi. Mesyuarat yang melibatkan 15 Kementerian, agensi-agensi serta wakil-wakil industri yang berkaitan telah berhimpun pagi ini untuk membentang laporan berkenaan pencapaian dan isu-isu berbangkit berkenaan pemerkasaan PSH.

KPT sebagai peneraju turut memperuntukan sidang mesyuarat hari ini untuk membincangkan strategi serta hala tuju PSH kebangsaan supaya dapat mencapai pelbagai sasaran yang ditetapkan dengan pelbagai dasar dan polisi kerajaan sedia ada.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Dato' Shahrudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT.



5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA