Monday, February 7, 2022

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2022


YB Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat 2022 pada 7 Febuari 2022

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2022 bertempat di KPT pagi tadi. Mesyuarat yang melibatkan 15 Kementerian, agensi-agensi serta wakil-wakil industri yang berkaitan telah berhimpun pagi ini untuk membentang laporan berkenaan pencapaian dan isu-isu berbangkit berkenaan pemerkasaan PSH.

KPT sebagai peneraju turut memperuntukan sidang mesyuarat hari ini untuk membincangkan strategi serta hala tuju PSH kebangsaan supaya dapat mencapai pelbagai sasaran yang ditetapkan dengan pelbagai dasar dan polisi kerajaan sedia ada.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Dato' Shahrudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT.



No comments:

Post a Comment

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA