Friday, January 28, 2022

PRAY FOR PSA

 

28 Januari 2022 - Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa kira-kira 2 jam bagi melihat sendiri kesan kerosakan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) akibat ribut dan hujan batu petang semalam. Sebaik tiba ditempat kejadian sekitar 8.15 malam, rombongan YB Menteri serta Pengarah JPPKK, Ts Zainab Ahmad diberi taklimat berkenaan kerosakan yang berlaku oleh Pengarah  PSA, Dr Hj Mohd Zahari Ismail sebelum dibawa melihat kerosakan disekitar kampus.
Beliau yang melihat kerosakan yang berlaku menzahirkan rasa simpati buat warga PSA dan berjanji akan memberi fokus terhadap kerja-kerja pemulihan yang diperlukan. Datuk Seri Dr. Noraini turut berkesempatan beramah mesra bersama pelajar Techno Huffaz ketika melihat kerosakan yang berlaku di Pusat Islam PSA. Beliau turut mengungkapkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku didalam kejadian tersebut dan berharap agar warga kerja serta pelajar-pelajar PSA berhati-hati dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini.



No comments:

Post a Comment

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA