Thursday, July 14, 2022

KPT KEMUKA TUJUH INISIATIF TANGANI KOS SARA HIDUP SISWA

 


PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengemukakan tujuh inisiatif bagi menangani kos sara hidup mahasiswa di kampus. Menterinya Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia pada Selasa lalu.
"Mesyuarat bersetuju memberi pengecualian bayaran sewaan enam bulan kepada pengusaha kafeteria dan perkhidmatan makanan di institut pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju menu Keluarga Malaysia RM 3.50 dibawah inisiatif Bakul Makanan Siswa hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT.

"Bagi memantau kenaikan harga dan kos barangan dan perkhidmatan yang melibatkan sara hidup siswa di IPT, Pasukan Pemantau KPT Kos Sara Hidup Siswa (KPT PANTAU) akan melaksanakan pemantauan secara berterusan," katanya. Beliau berkata, inisiatif Food Bank Siswa akan diperkasakan menerusi penubuhan Hab Food Bank Siswa yang berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.

Enam hab akan ditubuhkan mengikut zon, iaitu zon utara, zon tengah, zon timur, zon selatan, zon Sabah dan Zon Sarawak. Sebagai projek rintis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju untuk beroperasi sebagai hab bagi zon tengah katanya.

No comments:

Post a Comment

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA