Tuesday, September 5, 2023

RM 2.14 JUTA LAKSANA PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) KOMUNITI MADANI

 

1 September 2023 : Johor Bahru

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terus menjadi perhatian dan tumpuan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasa komuniti MADANI. Sejumlah RM 2.14 juta telah diperuntukan oleh KPT kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi melaksanakan Program PSH di 105 buah kolej komuniti seluruh negara.

Majlis penyampaian cek telah disampaiakn oleh Menteris Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi kepada Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) Negeri Johor.

Dalam ucapannya, YB Menteri berkata "peranan kolej komuniti perlu terus diperkasa dan menjadi saluran pengajian sepanjang hayat kepada masyarakat terutama kepada individu atau komuniti yang mahu melengkapkan diri dengan kemahiran baharu atau memperbaharui kemahiran lama."

Tambah beliau lagi, KPT sedang merangka pelbagai program bagi melahirkan masyarakat celik digital. Bagi tujuan ini, KPT akan bekerjasama dengan universiti untuk melatih tenaga pengajar yang berkelayakan. Selain itu, KPT turut akan memperkasa peranan kolej komuniti sebagai pusat peningkatan kemahiran dan latihan semula atau 'reskilling' dan upskilling' selaras dengan perubahan serta keperluan semasa.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, beliau menyeru semua Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) agar bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk menarik masyarakat agar sentiasa menambah baik potensi dan kemahiran diri selaras dengan hasrat Malaysia MADANI iaitu membangunakan sebuah masyarakat yang berkeupayaan, mandiri dan mampu mencari kesejahteraan hidup.

Pada majlis tersebut, seramai 12 orang Pengerusi JPENKK Negeri Johor iaitu dari Kolej Komuniti (KK) Ledang, KK Pagoh, KK Muar, KKSegamat, KK Segamat 2, KK Bandar Penawar, KK Bandar Tenggara, KK Pasir Gudang, KK Tanjung Piai, KK Kota Tinggi, KK Batu Pahat dan KK Kluang telah dilantik untuk tempoh dua (2) tahun.

Hadir sama pada majlis ini ialah Ahli Pengurusan Tertinggi JPPKK dan Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti Negeri Johor.



KPT PERTIMBANG PROGRAM TVET PERINGKAT IJAZAH DI POLITEKNIK

 

Mohamed Khaled (dua dari kanan) ketika melawat pemeriksaan kesihatan pada program Kekal Sihat Prihatin MADANI Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM di Tanjung Sedili. - BERNAMA

KOTA TINGGI : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbangkan untuk melaksanakan program ijazah dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di seluruh politeknik di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mehamed Khaled Nordin bekata, cadangan itu dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam rancangan Malaysia ke-13 (RMK 13) memandangkan ia membabitkan penyediaan tenaga pakar, akademik dan sebagainya.

"Kita beri perhatian dalam TVET kepada soal penyediaan tempat kemahiran, pemahiran semula dan peningkatan kemahiran. Itu sangat penting, kerana ia sebahagian daripada usaha kita menyedia dan memperkukuh serta memperkasakan penawaran pembelajaran sepenajang hayat.

"Dari segi keboleh pasaran, graduan TVET lebih baik daripada pelajar biasa (akademik) yang mana kedua-duanya melepasi 90 peratus. Jadi tumpuan kita hendak melihat pemadanan pembelajaran dengan kerja dan gaji yang lebih baik...", katanya ketika ditemui selepas Program Kekal Sihat KPT Prihatin MADANI di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohamed Khaled menegaskan hasrat kementerian untuk memperluaskan pengajian bagi menarik lebih ramai pelajar menyertai bidang berasaskan TVET.

"Memang saya sudah nyatakan terutama untuk RMK 13, saya ingin melihat peluasan dan pembesaran pembukaan cawangan-cawangan kampus terutama Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan kita perkukuhkan lagi politeknik yang ada," katanya.

Setakat ini, empat rangkaian MTUN merangkumi Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Melaka (UTem). - BERNAMA

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA