Mohamed Khaled (dua dari kanan) ketika melawat pemeriksaan kesihatan pada program Kekal Sihat Prihatin MADANI Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM di Tanjung Sedili. - BERNAMA
KOTA TINGGI : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbangkan untuk melaksanakan program ijazah dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di seluruh politeknik di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Mehamed Khaled Nordin bekata, cadangan itu dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam rancangan Malaysia ke-13 (RMK 13) memandangkan ia membabitkan penyediaan tenaga pakar, akademik dan sebagainya.
"Kita beri perhatian dalam TVET kepada soal penyediaan tempat kemahiran, pemahiran semula dan peningkatan kemahiran. Itu sangat penting, kerana ia sebahagian daripada usaha kita menyedia dan memperkukuh serta memperkasakan penawaran pembelajaran sepenajang hayat.
"Dari segi keboleh pasaran, graduan TVET lebih baik daripada pelajar biasa (akademik) yang mana kedua-duanya melepasi 90 peratus. Jadi tumpuan kita hendak melihat pemadanan pembelajaran dengan kerja dan gaji yang lebih baik...", katanya ketika ditemui selepas Program Kekal Sihat KPT Prihatin MADANI di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili di sini hari ini.
Dalam pada itu Mohamed Khaled menegaskan hasrat kementerian untuk memperluaskan pengajian bagi menarik lebih ramai pelajar menyertai bidang berasaskan TVET.
"Memang saya sudah nyatakan terutama untuk RMK 13, saya ingin melihat peluasan dan pembesaran pembukaan cawangan-cawangan kampus terutama Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan kita perkukuhkan lagi politeknik yang ada," katanya.
Setakat ini, empat rangkaian MTUN merangkumi Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Melaka (UTem). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment