Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Monday, October 23, 2023
Tuesday, September 5, 2023
RM 2.14 JUTA LAKSANA PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) KOMUNITI MADANI
1 September 2023 : Johor Bahru
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terus menjadi perhatian dan tumpuan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasa komuniti MADANI. Sejumlah RM 2.14 juta telah diperuntukan oleh KPT kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi melaksanakan Program PSH di 105 buah kolej komuniti seluruh negara.
Majlis penyampaian cek telah disampaiakn oleh Menteris Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi kepada Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) Negeri Johor.
Dalam ucapannya, YB Menteri berkata "peranan kolej komuniti perlu terus diperkasa dan menjadi saluran pengajian sepanjang hayat kepada masyarakat terutama kepada individu atau komuniti yang mahu melengkapkan diri dengan kemahiran baharu atau memperbaharui kemahiran lama."
Tambah beliau lagi, KPT sedang merangka pelbagai program bagi melahirkan masyarakat celik digital. Bagi tujuan ini, KPT akan bekerjasama dengan universiti untuk melatih tenaga pengajar yang berkelayakan. Selain itu, KPT turut akan memperkasa peranan kolej komuniti sebagai pusat peningkatan kemahiran dan latihan semula atau 'reskilling' dan upskilling' selaras dengan perubahan serta keperluan semasa.
Bagi menjayakan hasrat tersebut, beliau menyeru semua Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) agar bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk menarik masyarakat agar sentiasa menambah baik potensi dan kemahiran diri selaras dengan hasrat Malaysia MADANI iaitu membangunakan sebuah masyarakat yang berkeupayaan, mandiri dan mampu mencari kesejahteraan hidup.
Pada majlis tersebut, seramai 12 orang Pengerusi JPENKK Negeri Johor iaitu dari Kolej Komuniti (KK) Ledang, KK Pagoh, KK Muar, KKSegamat, KK Segamat 2, KK Bandar Penawar, KK Bandar Tenggara, KK Pasir Gudang, KK Tanjung Piai, KK Kota Tinggi, KK Batu Pahat dan KK Kluang telah dilantik untuk tempoh dua (2) tahun.
Hadir sama pada majlis ini ialah Ahli Pengurusan Tertinggi JPPKK dan Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti Negeri Johor.
KPT PERTIMBANG PROGRAM TVET PERINGKAT IJAZAH DI POLITEKNIK
Mohamed Khaled (dua dari kanan) ketika melawat pemeriksaan kesihatan pada program Kekal Sihat Prihatin MADANI Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM di Tanjung Sedili. - BERNAMA
KOTA TINGGI : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbangkan untuk melaksanakan program ijazah dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di seluruh politeknik di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Mehamed Khaled Nordin bekata, cadangan itu dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam rancangan Malaysia ke-13 (RMK 13) memandangkan ia membabitkan penyediaan tenaga pakar, akademik dan sebagainya.
"Kita beri perhatian dalam TVET kepada soal penyediaan tempat kemahiran, pemahiran semula dan peningkatan kemahiran. Itu sangat penting, kerana ia sebahagian daripada usaha kita menyedia dan memperkukuh serta memperkasakan penawaran pembelajaran sepenajang hayat.
"Dari segi keboleh pasaran, graduan TVET lebih baik daripada pelajar biasa (akademik) yang mana kedua-duanya melepasi 90 peratus. Jadi tumpuan kita hendak melihat pemadanan pembelajaran dengan kerja dan gaji yang lebih baik...", katanya ketika ditemui selepas Program Kekal Sihat KPT Prihatin MADANI di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili di sini hari ini.
Dalam pada itu Mohamed Khaled menegaskan hasrat kementerian untuk memperluaskan pengajian bagi menarik lebih ramai pelajar menyertai bidang berasaskan TVET.
"Memang saya sudah nyatakan terutama untuk RMK 13, saya ingin melihat peluasan dan pembesaran pembukaan cawangan-cawangan kampus terutama Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan kita perkukuhkan lagi politeknik yang ada," katanya.
Setakat ini, empat rangkaian MTUN merangkumi Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Melaka (UTem). - BERNAMA
Monday, July 10, 2023
PROGRAM ASASI TVET DIMENSI BAHARU EKOSISTEM TVET NEGARA
4 Jun 2023, Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah memperkenalkan program baharu yang dikenali sebagai Asasi TVET. Majlis pelancaran program Asasi TVET telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini pda Majlis Penutup Jom Masuk U 2023 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) disini.
Beliau berkata, program asasi sedia ada, kebanyakannya mengumpul penuntut dari pelbagai bidang dan tidak menjurus secara khusus kepada program TVET. Asasi TVET merupakan persediaan khusus bagi pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian selama setahun dimana-mana lima buah politeknik rintis sebelum mereka menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
"Ini bukan sahaja satu pengiktirafan khusus kepada program TVET, malah ia adalah satu laluan yang sistematik dan jelas bagi peringkat ijazah," katanya. Lima buah politeknik yang menawarkan Asasi TVET ini adalah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN), Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO). Manakala bagi universiti dibawah MTUN pula adalah terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Turut hadir, YB Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg Datik Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT, YBrs Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs, Dr Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, YBhg, Professor Dato' Ir. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya serta pegawai-pegawai kementerian yang lain.
Monday, March 13, 2023
KPT FOKUS BANGUNKAN PRASARANA DIGITAL
KPT ketika ini sedang memberikan keutamaan kepada agenda pembangunan prasarana digital agar IPT awam dapat bergerak selari dengan ledakan pendigitalan, inovasi, sains dan automasi. Bagi mencapai hasrat ini, KPT telah memasukkan agenda pendigitalan sebagai salah satu fokus utama untuk dirancakkan KPT dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang merangkumi kesediaan INfrastruktur dan Infostruktur.
YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengulas hal yang demikian ketika sesi Pertanyaan Lisan oleh ahli Parlimen Kuala Krau di Dewan Rakyat hari ini. Menutut beliau, Infrastruktur merujuk kepada keadaan prasarana digital di sesebuah IPT; misalnya ruang pembelajaran digital seperti smart classroom, hybrid clossroom dan Augmented reality- Virtual Realiti Simulation Lab yang dibina mengikut keperluan dan kapasiti setiap universiti awam.
Maka Infostruktur pula merujuk kepada teknologi atau kemudahan yang berkait dengan informasi atau maklumat serta pengurusannya (database, computer network, software applicantion, serves dan lain-lain perisian) serta teknologi yang berkaitan dengan maklumat dan data.
Beliau turut menjelaskan bahawa fokus Kementerian pada waktu ini juga adalah untuk melaksanakan projek memulih, menyelenggara dan menaik taraf fasiliti serta kemudahan sedia ada di semua IPT awam bagi memastikan ia dapat beroperasi pada tahap optimum dan sejahtera.
LEBIH 460,000 PELAJAR B40 IKUTI PENGAJIAN DI IPT
Kuala Lumpur : Lebih 460,000 pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah daripada keluarga B40 membabitkan 385,555 di IPT awam (IPTA) dan 83,503 lagi di IPT swasta (IPTS). Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata angka itu direkodkan setakat 20 Februari lalu.
Beliau berkata, Kementrian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan dalam usaha menjaga kebajikan serta kesejahteraan pelajar berkenaan di seluruh negara. "Antara inisiatif pada peringkat KPT ialah pelaksanaan program SULUNG, iaitu pembiayaan penuh pengajian kepada pelajar generasi pertama dalam keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Beliau berkata, KPT turut melaksanakan inisiatif Food@Campus sejak 2021, selain memperkenalkan Menu Rahmah Siswa yang menawarkan menu makanan dengan penetapan hariga antara RM 3.50 hingga RM 5.00. Sasaran utama inisiatif ini adalah untuk membantu meringankan tanggungan perbelanjaan makanan harian pelajar di IPT.
Disamping itu, kementerian menawarkan Dermasiswa B40 Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang berkenaan pada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di IPTA.
Sumber Berita Harian - 2 Mac 2023
-
4 Jun 2023, Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah memp...
-
1 September 2023 : Johor Bahru Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terus menjadi perhatian dan tumpuan Kementerian Pendidikan Tingg...