Kuala Lumpur : Lebih 460,000 pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah daripada keluarga B40 membabitkan 385,555 di IPT awam (IPTA) dan 83,503 lagi di IPT swasta (IPTS). Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata angka itu direkodkan setakat 20 Februari lalu.
Beliau berkata, Kementrian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan dalam usaha menjaga kebajikan serta kesejahteraan pelajar berkenaan di seluruh negara. "Antara inisiatif pada peringkat KPT ialah pelaksanaan program SULUNG, iaitu pembiayaan penuh pengajian kepada pelajar generasi pertama dalam keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Beliau berkata, KPT turut melaksanakan inisiatif Food@Campus sejak 2021, selain memperkenalkan Menu Rahmah Siswa yang menawarkan menu makanan dengan penetapan hariga antara RM 3.50 hingga RM 5.00. Sasaran utama inisiatif ini adalah untuk membantu meringankan tanggungan perbelanjaan makanan harian pelajar di IPT.
Disamping itu, kementerian menawarkan Dermasiswa B40 Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang berkenaan pada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di IPTA.
Sumber Berita Harian - 2 Mac 2023
No comments:
Post a Comment