Tuesday, February 7, 2023

PULIHKAN KEPERCAYAAN SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

 

Memasuki tahun baharu 2023, beberapa azam dan fokus menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).Segala agenda kementerian juga selari dalam usaha untuk membangunkan Malaysia sebagai negara yang madani. Justeru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sedang menetapkan hala tujunya untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat Malaysia dalam sistem pendidikan tinggi negara.

Menteri Pendidikan Tinggi itu menegaskan, kepercayaan akan menjadi nilai terpenting dalam pentadbiran dan kepimpinannya. "Universiti kita dahulu dihormati oleh orang tempatan dan warga asing kerana kita mempunyai pemimpin yang berkualiti; pelajar berlumba-lumba mencari ilmu, profesor dan sarjana kita sangat intelektual.

"Kita tidak punya semua ukuran kehebatan 'supoerfisial' tetapi rakyat dan orang luar yakin dan percaya dengan kewibawaan universiti ini kerana kita benar-benar mendidik, bukan kerana kita juara dalam ranking atau teratas dalam liga dengan misi komersialisasi pendidikan," katanya. Berliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pendidikan Tinggi, baru-baru ini.

TUMPUAN KEPADA IPT

KPT adalah 'The Malaysia's Brain Trust', jadi wajarlah idea paling bernas, penemuan paling sahih dan pemikir paling dihormati datang daripada IPT kita dan KPT harus berfunsi dan berdiri secocok dan setinggi namanya.

Beliau berkata, KPT akan meningkatkan pelaburanya dalam latihan lepasan ijazah, kedoktoran dan pendidikan dan membuat perubahan besar kepada ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memandangkan negara memerlukan lebih ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi.

Beliau menambah, kolej komuniti perlu dikembalikan kepada masyarakat kerana ia sepatutnya menjadi destinasi utama graduan atau mereka yang kehilangan pekerjaan mendapatkan peluang membina kemahiran lain, bagi memulihkan kerjaya atau minat. Kolej komuniti bukan perihal mengejar diploma dan ia adalah tempat minat diasah dengan kemahiran dan akhirnya memanfaatkan kehidupan, ujarnya.

sumber mstar

No comments:

Post a Comment

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA