Putrajaya : Permulaan 2023 menyaksikan 11 fokus bakal diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengurus kementerian itu dan sektor pendidikan tinggi nasional.
Dalam ucaptama pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata menjadi hasratnya untuk mengembali dan memulihkan kepercayaan rakyat serta pihak berkenaan kepada sektor pendidikan tinggi negara. Beliau berkata, ia berikutan kepercayaan akan menjadi nilai terpenting dan rakyat Malaysia perlu yakin kepada sistem pendidikan tinggi negara.
Sumber : Berita Harian, Jumaat, 3 Februari 2023
No comments:
Post a Comment