Tuesday, August 31, 2021

BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT ingin mengajak warga KPT dan seluruh umat Islam untuk bersama-sama membaca Yasin dan doa pada Program Bacaan Yasin Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Selain itu, program ini turut disiarkan secara langsung di Microsoft Teams dan FB Live Facebook Rasmi kementerian Pengajian Tinggi. Majlis ini dianjurkan bagi mendoakan kesejahteraan negera yang masih berjuang melawan pandemik. Program ini juga diadakan bagi memohon doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan buat mereka yang dijangkiti Covid-19 dan dihindari daripada wabak ini.

Melalui program ini, semua warga KPT, agensi-agensi dan kakitangan serta pelajar IPT akan membaca surah Yasin serta doa selamat secara atas talian yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Shauqi Abu Kashim, Timbalan Pengerusi Surau 'Ibadurrahman, KPT.

Pihak KPT ingin menyeru agar masyarakat dapat menggunakan kesempatan berkumpul bersama keluarga sewaktu penguatkuasaan PKP ini dengan bersama-sama bermunajat dan mengikuti program itu.

Majlis bacaan Yasin itu akan turut dihadiri Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, KPT dan semua anggota pengurusan tertinggi KPT.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

 

Tanggal 31 Ogos saban tahun, negara kita Malaysia bakal menyambut peristiwa bersejarah iaitu Hari Kebangsaan. Walaupun tiada lagi sambutan program seperti tahun-tahun yang lalu akibat daripada pandemik covid-19, namun ia bukan penghalang untuk kita tidak menzahirkan semangat patriotisme dan citakan negara.

Pengertian merdeka buat Malaysia dan dunia telah berubah sejak kewujudan wabak COVID-19. Ia bukan sahaja menuntut perbezaan dalam menjalani kehidupan seharian, bahkan mendesak kita untuk mengubak landskap ekonomi dan sosial bagi memastikan kita berjaya mengekang wabak ini bersama.

Sekalipun perang ini belum berakhir namun jalan pemulihan ini adalah manifestasi Malaysia sebagai sebuah negara, bersatu dan berdaulat. Doa saya agar hati setiap rakyat malaysia kekal tabah dan percaya, kita boleh bebaskan diri daripada belenggu COVID-19. Kita boleh dan pasti akan menang.

Diperingkat Kementerian Pengajian Tinggi sendiri, pelbagai pengisian dan program telah dirancang bagi menyemarakkan semangat Malaysia Prihatin dalam kalangan warga IPT.

Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG

 

Tahniah YB Senator Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas bersama warga Kementerian Pengajian Tinggi.

TERIMA KASIH YB

Terima kasih YB Dato Mansor Othman atas segala sumbangan dan sokongan selama berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
 

SELAMAT KEMBALI BERKHIDMAT

 

Tahniah dan Selamat Kembali Berkhidmat YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi. Semoga tanggungjawab yang diberikan dapat membawa perubahan kepada  seluruh warga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Saturday, August 28, 2021

JOM KENALI MENTERI KPT

 

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (lahir 7 November 1967) merupkan ahli politik Malaysia dari Ahli Parlimen Parit Sulong di negeri Johor dan merupakan bekas Menteri Pengajian Tinggi yang telah dilantik pada 10 Mac 2020 dan telah meletakkan jawatan pada 6 Ogos 2021 lalu. Beliau juga ialah ahli Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam Barisan nasional (BN). Pada peringkat parti, beliau ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA