Tuesday, August 31, 2021

BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT ingin mengajak warga KPT dan seluruh umat Islam untuk bersama-sama membaca Yasin dan doa pada Program Bacaan Yasin Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Selain itu, program ini turut disiarkan secara langsung di Microsoft Teams dan FB Live Facebook Rasmi kementerian Pengajian Tinggi. Majlis ini dianjurkan bagi mendoakan kesejahteraan negera yang masih berjuang melawan pandemik. Program ini juga diadakan bagi memohon doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan buat mereka yang dijangkiti Covid-19 dan dihindari daripada wabak ini.

Melalui program ini, semua warga KPT, agensi-agensi dan kakitangan serta pelajar IPT akan membaca surah Yasin serta doa selamat secara atas talian yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Shauqi Abu Kashim, Timbalan Pengerusi Surau 'Ibadurrahman, KPT.

Pihak KPT ingin menyeru agar masyarakat dapat menggunakan kesempatan berkumpul bersama keluarga sewaktu penguatkuasaan PKP ini dengan bersama-sama bermunajat dan mengikuti program itu.

Majlis bacaan Yasin itu akan turut dihadiri Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, KPT dan semua anggota pengurusan tertinggi KPT.



No comments:

Post a Comment

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA