Tanggal 31 Ogos saban tahun, negara kita Malaysia bakal menyambut peristiwa bersejarah iaitu Hari Kebangsaan. Walaupun tiada lagi sambutan program seperti tahun-tahun yang lalu akibat daripada pandemik covid-19, namun ia bukan penghalang untuk kita tidak menzahirkan semangat patriotisme dan citakan negara.
Pengertian merdeka buat Malaysia dan dunia telah berubah sejak kewujudan wabak COVID-19. Ia bukan sahaja menuntut perbezaan dalam menjalani kehidupan seharian, bahkan mendesak kita untuk mengubak landskap ekonomi dan sosial bagi memastikan kita berjaya mengekang wabak ini bersama.
Sekalipun perang ini belum berakhir namun jalan pemulihan ini adalah manifestasi Malaysia sebagai sebuah negara, bersatu dan berdaulat. Doa saya agar hati setiap rakyat malaysia kekal tabah dan percaya, kita boleh bebaskan diri daripada belenggu COVID-19. Kita boleh dan pasti akan menang.
Diperingkat Kementerian Pengajian Tinggi sendiri, pelbagai pengisian dan program telah dirancang bagi menyemarakkan semangat Malaysia Prihatin dalam kalangan warga IPT.
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang
No comments:
Post a Comment