Tuesday, September 21, 2021

KEMASUKAN PELAJAR MENINGKAT

 

Kemasukan pelajar lepasan diploma dari politeknik ke program institusi pengajian tinggi (IPT) negara meningkat sebanyak lima peratus pada sesi akademik 2021-2022 iaitu daripada 4,445 kepada 5,103 pelajar. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jumlah tersebut adalah 67 peratus daripada 7,652 graduan politeknik yang memohon untuk kemasukan ke IPT pada sesi tersebut.

Bilangan ini menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding 4,445 (layak ke IPT) daripada 7,175 calon yang memohon pada sesi akademik 2020-2021. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Sivakumar Varatharaju naidu (PH-Batu Gajah) mengenai peluang pendidikan tinggi yang disediakan terutamanya ke universiti awam bagi lepasan diploma daripada politeknik tempatan.

Mengulas mengenai faktor penolakan terhadap calon lepasan politeknik yang memohon untuk meneruskan pengajian ke IPT, Noraini berkata, ia antaranya disebabkan persaingan yang sengit antara calon, gagal ketika sesi temuduga, pemilihan program yang kompetatif dan tawaran tempat yang terhad bagi sesuatu program.

Pada masa yang sama, beliau berkata KPT akan memperluaskan penawaran program ijazah sarjana muda di politeknik melalui work based learning (WBL) di Politeknik Premier yang ada di seluruh negara.

(Sumber Sinar Harian, 22 September 2021)

Monday, September 6, 2021

CABARAN KPT

 

Menyahut saranan YAB Perdana Menteri untuk membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, saya bersama-sama pengurusan tertinggi dan agensi di bawah KPT berhimpun secara maya dalam Webinar Perancangan Strategik : Kajian Separuh Penggal KPT. 

Webinar ini adalah untuk membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam hal ini, saya tidak boleh bekerja sendirian dan memerlukan dokongan semua pihak bagi membolehkan aspirasi pimpinan tertinggi Negara ini dapat dizahirkan dan dirasai kesannya oleh rakyat.

Saya tekankan dalam perbincangan pagi tadi, cadangan program harus berorientasikan kepada tiga prinsip utama iaitu : Peka dengan keperluan semasa, Bertanggungjawab dan Amanah dan Mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Sekalung tahniah diucapkan kepada urus setia kerana menganjurkan webinar ini. Saya juga amat berterima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh semua pihak yang turut sama menjayakan webinar ini dari lokasi masing-masing.



TIMBALAN MENTERI KE PEJABAT KPT

 

YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini tiba di pejabatnya di Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau disambut oleh Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan)KPT, Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti


RANKING UNIVERSITI MALAYSIA

 

Berikut adalah kedudukan ranking universiti-universiti tempatan berbanding dengan universiti di seluruh dunia pada tahun 2022.

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA