Menyahut saranan YAB Perdana Menteri untuk membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, saya bersama-sama pengurusan tertinggi dan agensi di bawah KPT berhimpun secara maya dalam Webinar Perancangan Strategik : Kajian Separuh Penggal KPT.
Webinar ini adalah untuk membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam hal ini, saya tidak boleh bekerja sendirian dan memerlukan dokongan semua pihak bagi membolehkan aspirasi pimpinan tertinggi Negara ini dapat dizahirkan dan dirasai kesannya oleh rakyat.
Saya tekankan dalam perbincangan pagi tadi, cadangan program harus berorientasikan kepada tiga prinsip utama iaitu : Peka dengan keperluan semasa, Bertanggungjawab dan Amanah dan Mengembalikan semula keyakinan rakyat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada urus setia kerana menganjurkan webinar ini. Saya juga amat berterima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh semua pihak yang turut sama menjayakan webinar ini dari lokasi masing-masing.
![]() |
No comments:
Post a Comment