Tuesday, September 21, 2021

KEMASUKAN PELAJAR MENINGKAT

 

Kemasukan pelajar lepasan diploma dari politeknik ke program institusi pengajian tinggi (IPT) negara meningkat sebanyak lima peratus pada sesi akademik 2021-2022 iaitu daripada 4,445 kepada 5,103 pelajar. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jumlah tersebut adalah 67 peratus daripada 7,652 graduan politeknik yang memohon untuk kemasukan ke IPT pada sesi tersebut.

Bilangan ini menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding 4,445 (layak ke IPT) daripada 7,175 calon yang memohon pada sesi akademik 2020-2021. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Sivakumar Varatharaju naidu (PH-Batu Gajah) mengenai peluang pendidikan tinggi yang disediakan terutamanya ke universiti awam bagi lepasan diploma daripada politeknik tempatan.

Mengulas mengenai faktor penolakan terhadap calon lepasan politeknik yang memohon untuk meneruskan pengajian ke IPT, Noraini berkata, ia antaranya disebabkan persaingan yang sengit antara calon, gagal ketika sesi temuduga, pemilihan program yang kompetatif dan tawaran tempat yang terhad bagi sesuatu program.

Pada masa yang sama, beliau berkata KPT akan memperluaskan penawaran program ijazah sarjana muda di politeknik melalui work based learning (WBL) di Politeknik Premier yang ada di seluruh negara.

(Sumber Sinar Harian, 22 September 2021)

No comments:

Post a Comment

5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA